Oct 5, 2010

Resepi Dragon Fruit Cheesecake


Atas permintaan tiha, sue letakkan resepi dragon fruit cheesecake . Simple jer resepinya n mesti jadi la kalau buat hehhehhe.... Sue dapat resepi ni dari web http://nagamadu.com/?p=35#main

Dragon Fruit Cheese Cake

Topping

1/3 dari sebiji buah naga - dicincang halus
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan gula
50 ml air

Rebus buah naga yang dicincang tadi dengan air dan gula hingga mendidih
Masukkan tepung jagung dan kacau hingga pekat. Ketepikan

CheeseCake
Base

4 keping biskut marry original
1 keping oreo

Blend hancur dan campurkan 1 sudu makan butter cair
Tekan pada loyang size 3″
Filling

125gm cream cheese
1 1/2 sudu makan gula
1/2 biji telur

Pukul cheese, gula dan telur hingga kembang
Tuangkan ke atas biskut yang telah dimampatkan tadi
Bake @ 150C @ 12-15min. Sejukkan
Tuangkan topping keatas cheesecake

Untuk filling tu sue gunakan 500 gm cream cheese coz sue punya loyang besar..kalau wat 125g jer kek sue akan jadi nipis...so semua bahan filling tu sue gandakan 4 :-)

4 comments:

Anonymous said...

senangnyer kak....buat satu bg nor rasa leh?

sue_eila said...

senang jer..nnti kalau buat akak pos bawh ek, tu pun kalau ada la hahahhaha

Anonymous said...

smpi hati akk...
huhuhuhuhuhuhuh

sue_eila said...

huhuhuhu..alalala cian dia, nnti kalau buat kita pos tau