Aug 11, 2014

Resepi Cinch Smoothie :)

Salam semua...
Maaf la ye..cuti raua lama sangat.
Sampai blog pun dh nk bersawang hehehe

Ok..entry warm up saya hr ni...
Bagi semua terliur tgk...
Cinch Smoothie...yer Cinch Shake Shaklee tu la...kita leh pelbagai kan cara olah Cinch ni tau. Kalau tiap2 hr just bancuh fgn plain water or juice boring gak kan :)

Cinch Smoothie yg di taburi dgn buah2 segar..mesti nafsu nak minum meluap2 punya bila nampak smoothie ni, tambah2 bila cuaca panas2..mmg umpphhhh sgt la kan. Dhla segar, berkhasiat dan yg penting boleh mengurangkan kg dan ukuran cm badan korang...

Ok ni resepi Cinch Smoothie

* 2 scoop Cinch ( prefer Vanilla flavoured)
*Susu segar/ full cream
*Sesudu plqin yogurt (optional)
*Ais Cube secukupnya
Buah2 segar yg dipotong

-Blend semua yg bertanda * sehingga halus
-Masukkan dlm gelas..dh tabur buah2an segar
- Sedia untuk diminum

Senang n mudah jer...Selamat mencuba :)

Untuk order Cinch + resepi Cinch lain yg enak..boleh pm/contact jer saya :
Suhaila | 012-3160991
Halimi | 012-3160091

Jun 19, 2014

Padi House @ Galleria Putrajaya


Assalamulaikum semua..
Lama tak cerita pasal makan2 ye
Ni cerita makan2 Isnin lepas. Dah en.suami dapat mc lps admit hari tu..so, petang2 x perlu kelam kabut ambil anak coz en.suami akan ambil anak kt rumah bs, then kitorang leh terus plan nk gi makan mana2. Kalau kebiasaannya, bab makan2 kemudian, anak yg kitorang ambil dulu..

Ok, back pd cerita asal, kitorang gi makan kt Padi House, Galleria Putrajaya, dah lama pun Padi House ni tp saya tak berkesempatan nk jjcm kt sana.
Apa yg kami makan hari tu


 Macadamia Cheese Cake...sedappp

 Lupa nama..Nasi n ayam grilled, my son sgt2 suka ayam itu



En. Suami order Beef Steak 

Kudap2..Cheese Nachos...My son boleh pulak kata tu roti canai kuikui

Overall, makanan kat sini mmg kena dgn tekak kami 3 beranak..semuanya sedap n pasti akan datang lagi :)



Jun 16, 2014

En Suami Kena Denggi

Assalamualikum semua...
Sambungan cerita kisah en suami...
Baru rasa lega dan sedikit lapang hari ini
Minggu lepas, saya agak kelam kabut disebabkan suami telah disahkan positif denggi, seperti yang telah saya cakap pada entry sebelum ni...
So terpaksala kena tahan wad.

Mula2 ingat just dema biasa coz check darah pada hari sebelum tu, tiada tanda dijangkiti denggi, tapi disebabkan demam still teruk, pada hari sabtu pergi ke Klinik Lita Alis Putrajaya n check darah bacaan platlet 140 yang mn mmg dijangkiti denggi tapi bacaan tidak teruk, so doctor minta dtg keesokanya untuk repeat check darah.

Pada keeseokannya, hari Ahad..en suami kata dia dh ok, xdemam n rasa confident maybe bacaan platlet dah ok..tapi sangkaan merosot bacaan platlet drop ke 40 teruss...n mmg kena warded

So maka, pada hari itu juga, en suami warded di Azzahra, Bangi
Hari 1st warded bacaan platlet -40
2nd day -drop lagi 35 
risau sgt2 masa huhuu
3rd day- drop lagi 27
tambah2 risau..hanya tuhan je yg tahu perasaan masa ni..
risau, takut tapi depan en.suami buat steady je taknak bagi en suami tambah stress hukhuk


En. Suami yang dh xlarat..nurse tgh ambil darah. Dah denggi comfirm setiap hari darah kena ambil,,
Sian dia huhuhuhu


My Hero Peneman mama...sila abaikan muka letih saya,,dh takde nk mekap2 bagai huhuhu
 Walaupun saya n anak duk sekali di bilik n bermalam,
Still terkejar2 balik rumah, coz nk masakkan suami sup ketam 
Minum Performance Drinks Shaklee, Nutriferon dll
dan buat segala petua2 untuk naikkan platlet
macam air betik,air pegaga dll.
Pendek kata, apa yg org suggest semua kami cuba 


Zooommmm skit, ala cian dia keletihan teman mama ye....



En. Suami dan hero kami...sama2 hirup sup ketam
Tu supporter en suami coz en suami sgt2 tak suka sup ketam 
Tapi, dh kata tu untuk boleh naikkan platlet, ku paksa jua huhuhu


Abah dia dah sihat sikit, so katil tu dia punya..
Habis di adjust katil tu huhuhuhu

Alhamdulillah, pada hari ke 5, barulah platlet naik ke normal..bacaan dh 200
Lega sgt2 masa tu...
Setelah 6 hari berkampung di  Az Zahra, berkat hari Jumaat, petang tu dah boleh discaj.
Syukur sangat2 en. suami kembali sihat
Now, masih bercuti untuk proses penyembuhan lagi.

Terima kasih juga pada family dan kawan2 yang datang melawat dan juga tak henti2 bagi semangat serta doakan kesmbuhan en. suami. We are very appreciate it :)

Jun 9, 2014

8 Jun 2014....


Assalamulaikum semua...
Pada tanggal 8 jun 2007, jam 8.10 mlm, terpatrilah ikatan sah antara saya dan suami.


Alhamdulillah, smlm 8 Jun 2014, 
7 tahun berjaya kami tempuh pelbagai dugaan berumah tangga, 
moga kami terus bahagia dan tabah menempuh ujian2 yg mendatang...
yep dugaan itu juga hadir semalam....
En.suami terpaksa ditahan di wad kerana demam denggi..
kesian en suamiku huhuhu...
Hopefully en suami cepat sihat n platlet darah kembali normal..Amin.

Patutla 2,3 minggu sebelum ni,
 saya ada plan nk buat surprise sempena Anniversary kami ni, 
tapi tahla semuanya saya rasa x sesuai n mcm ada yg xkena, 
so sampai ke akhirnya saya blur xtau nk surprise apa huhuhu..
sampai en.suami demam teruk last week, 
terus saya kata kat dlm hati, apa2 pun postponed dulu.

Now, hanya doa kesembuhan en. suami agar sihat seperti sediakala, 
then baru kita plan nk celebrate kt mana ye. 
Nway, korang yg singgah kt sini, doakan kesembuhan en.suami saya ye

Ucapan khas untuk en.suami :)

Jun 4, 2014

Ujian Pap Smear

Baru  dapat panggilan dari Klinik Jameaton sebentar tadi, Alhamdulillah result pap smear saya NORMAL. Tak senang hati dibuatnya 2, 3 hari ni selagi result pap smear tu tak dapat sebenarnya. Actually, tak sengaja pun buat ujian tu pada minggu lepas coz tujuan asal untuk check up kesihatan, then bila doctor Tanya bila last buat pap smear..hahaha jawapannya takpernah  langsung coz lepas bersalin my son, mmg ada buat appinmnt untuk ujian tersebut tapi ngelat tak gi huuhuhu...Cuma saya ada ambil suntikan HPV...owhh xde pulak hari tu update pasal suntikan HPV tu kan..xpe nnti saya cerita next entry.
So minggu lepas, dh alang2 ada buat sedikit check up kesihatan, n dh alang2 doctor pun nkbuat on d spot saya setujukan je la...husband pun ada masa tu n terus suruh je..dia tau tu wife dia sudah terperangkap kuikui... Rupa2 takdela sakit pun..tahla xrasa apapun sebenarnya kikiki. Kalaulah  ku tahu gitu je, takdela ngelat dari dulu nk buat.

Ok ni saya copy info dari http://portal.alamhamil.com/faqs-kehamilan/semasa-berpantang/71-ujian-pap-smear.html
Apa itu ujian Pap Smear?
Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa itu serviks?
Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Siapakah yang perlukan ujian Pap ?
Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:

1.       Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
2.       Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
3.       Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
4.       Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
5.       Perokok
6.       Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.
Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?
Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?
Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehknya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.
_____________________________#######_______________________________

Itulah serba sedikit info mengenai Ujian Pap Smear ye kawan-kawan. Nasihat saya kepada semua kaum wanita , buatla ujian Pap Smear ni untuk langkah awal mengesan kanser serviks...ecehhh pandaila ko nasihat org kan padahal sblm ni huhuhuhu..tapi serius mmg penting sgt coz seperti yang kita tahu kanser serviks merupakan kanser kedua yang terbanyak dihidapi oleh wanita.

Jadi selain daripada Ujian Pap Smear dan suntikan HPV, saya juga tidak terkecuali mengambil supplement tambahan untuk memastikan kesihatan dalaman dan luaran saya. Apa yang saya ambil dengan konsisten ialah Set Kesihatan Optimun Wanita Wanita yang terdiri daripada ESP,GLA Complex, Ostematrix dan Omega Guard. Pemilihan vitamin juga penting untuk wanita dan saya mmg sangat cerewet dalam  pemilihan Vitamin. Setelah meneliti bahan2 pada produk Shaklee, saya yakin produk Shaklee halal,selamat dan dari bahan semulajadi.

Ok..ni rupa Set Kesithatan Optimun Wanita Shaklee yang saya ambil dan saya akui sejak consume set ini, Alhamdulillah mmg saya rasa lebih bertenaga n if demam or selsema pun mmg cepat recover.



Yang berminat untuk dapat Set Kesihatan Optimum Shaklee ini atau apa2 produk kesihatan Shaklee, saya sedia membantu anda dan consult cara berkesan pemakanan produk Shaklee. Contact je saya di no hp yg tertera or add saya di facebook (Suhaila Zakaria)


Join Us
HITMAN ~We Hit The Target~

May 17, 2014

My Hero Favourite Food is....

Telur dadar..yesss tu la favourite dia, 3 biji telur dadar dia sorang hadap pun boley adoiiii...dan itulah stock yg wajib ada dlm peti...dh cuba masak telur ni mcm wat sup telur, x layannnn...even telur goreng or rebus pun pun xnak sgt, mkn yg putih coz dia x suka mkn kuning telur tu.

So, bila goreng bihun ka, nasi ka, walau ada lauk lain...tapi tambahan telur dadar n hiasan cam di atas itu adalah wajib, kira cam pembuka selera gitu kikiki...mcm2 la anak mamaabah ni...untung tokey teluq hahaha

May 8, 2014

My Birthday :)

Alhamdulillah, bertambah lagi usia pada 5/5/2014. 
Masih lagi diberi peluang dan nikmat untuk melihat dunia ini. 
Moga hidup dan apa yg ku lakukan mendapat keberkatan.

Terima kasih kepada suami, keluarga dan kawan2 yg mendoakan
 kesejahteraan saya dan ucapan2 semua. Saya sgt2 menghargainya.

Hadiah birthday??? Biarlah rahsia, 
nway thanks a lot to my lovely husband n my son hehehe. 
Sayang mereka berdua ketat2 n mereka juga adalah nyawa saya :)

May 7, 2014

Membina Diri Yang Hebat

Untuk membina diri yang hebat, seseorang perlu ada target yang perlu disasarkan.Walau bagaimanapun, perkara pertama yang mesti dilakukan adalah menghapus elemen-elemen negatif diminda. Elemen-elemen negatif yg diamksudkan adalah:
  1.  Mudah mengeluh.
  2.  Suka menyalahkan orang lain, walhal silap sendiri.
  3. Sering berfikiran “ini payah, itu susah” dan tidak boleh buat.
  4. Kerap membuat alasan.
  5. Takut mencuba.
  6. Terlalu risau walaupun mungkin perkara dirisaukan itu tidak akan berlaku.
  7. Hanya memikirkan masalah.
Sebaliknya, untuk membina diri yang hebat, elemen-elemn dibawah mesti diterapkan dan sebati di minda anda:
  1.  Segala cabaran boleh diatasi.
  2. Sentiasa ada peluang untuk menyelesaikan sesuatu.
  3. Kebanyakan perkara boleh dilakukan, dengan syarat ada ilmu.
  4. Fokus pada usaha.
  5. Berani melakukan sesuatu usaha yang baik.
  6. Yakin dan percaya pada Allah dan diri sendiri.
  7. Fikirkan penyelesaian dan jalan keluar.
Disamping itu, kita mesti mengisi minda kita (terutama minda bawah sedar) dengan pengisian yang baik, melalui cara-cara berikut:
  1. Berkawan dengan orang-orang berjaya dan positif.
  2. Melakukan solat-solat sunat seperti solat dhuha, tahajjud, witir dsb.
  3. Membaca bahan-bahan bacaan yang baik, terutama perkataan-perkataan dan ayat yang positif.
  4. Sentiasa mengunjungi tempat-tempat yang baik seperti masjid dan majlis ilmu (kuliah agama, seminar, kursus, …).
  5. “Add” individu yang berperibadi baik di Facebook.
  6. Mendengar kata-kata yang baik seperti ceramah agama dan suntikan motivasi / pembangunan diri.



Semoga tip-tip dia atas dapat dijadikan panduan untuk membentuk dan membina diri menjadi  insan yang hebat. Selamat Berjaya J

Join Us
HITMAN ~We Hit The Target~

May 2, 2014

Keberkatan Solat Dhuha

Jom sama2 kita amalkan, tanda kita bersyukur, kunci untuk rezki kita sentiasa di berkati dan tanda kita bersyukur....Hanya ambil masa beberapa minit sahaja untuk kita mengerjakannya. Sama-sam kita mendapat keberkatan daripada Solat Dhuha ini. Jom kita tengok keberketan daripada mengerjakan Solat Dhuha :)

Keberkatan Solat Duha
Ibadat pada waktu pagi naikkan semangat bekerja, tanda bersyukur
Solat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan pada waktu pagi iaitu 27 minit selepas terbit matahari dan tamat waktunya sebelum tergelincir matahari. Bilangan rakaatnya paling kurang dua rakaat dan maksimumnya 12 rakaat.
Pada rakaat pertama boleh dibaca surah ad-Dhuha, manakala rakaat kedua boleh dibaca surah al-Ikhlas. Masa yang diambil untuk menunaikannya cuma tiga minit, sangat pendek masanya berbanding keberkatan yang Allah berikan kepada kita untuk sepanjang hari kehidupan.
Ternyata solat sunat Dhuha dilakukan pada awal pagi sebelum memulakan kerja dan bagi kebanyakan orang ia solat sunat sebelum bergerak untuk mencari rezeki. Jadi, banyak keberkatannya sebelum kita memulakan kerja, dimulakan dengan solat ini.
Biasanya kita akan memulakan hari dengan semangat tinggi dan membara untuk mencapai matlamat dalam pekerjaan atau pelajaran.
Jika pada saat itu kita mengingati Allah SWT, kemudian tunaikan solat Dhuha dengan hati yang tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT, Insya-Allah akan dilimpahkan pelbagai kurnia serta kasih sayang oleh Allah.
Memandangkan waktu Dhuha bersamaan dengan bermulanya pelbagai aktiviti harian, amat tepat jika solat sunat Dhuha dilihat satu cara melahirkan rasa bersyukur kepada Allah SWT.
Ketika kebanyakan orang terlalu sibuk pada waktu pagi, secara tidak langsung solat sunat Dhuha akan mampu membangkitkan kesedaran perlunya memohon kepada Allah SWT dan meminta petunjuk-Nya supaya apa saja yang dilakukan berada pada jalan yang diredai.
Jika seseorang pernah melakukan ibadat solat sunat Dhuha tentu akan merasai kesannya yang luar biasa. Meskipun baru sekali atau bahkan hanya sekali melakukannya dalam seumur hidup, tetap mendapat ganjaran.
Sekecil mana amalan yang kita lakukan, Allah SWT akan membalasnya. Begitu juga dengan solat Dhuha, walaupun kita pernah melakukannya sekali seumur hidup tetap mendapat hikmah yang besar daripada Allah SWT.
Banyak sekali keajaiban dan hikmah yang akan dirasai seseorang ketika melakukan solat sunat Dhuha, apatah lagi jika dilakukan secara berterusan dan penuh kesabaran tinggi serta hanya mengharap keredaan Allah SWT.
Antara manfaat dan keajaiban solat sunat Dhuha ialah dijauhkan daripada kemiskinan. Semua ini bukan khayalan, kerana sudah ramai orang melakukannya dan mampu merasakan hikmah yang besar dalam kehidupannya.
Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali kamu malas melakukan empat rakaat solat Dhuha, kerana dengan solat itu, Aku cukupkan keperluanmu pada waktu petangnya.” (Riwayat Hakim dan Tabrani)
Solat sunat Dhuha juga dapat menghapuskan dosa. Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang masih berdiam diri di masjid atau tempat solatnya setelah solat Subuh kerana melakukan iktikaf, berzikir, dan melakukan dua rakaat solat Dhuha disertai tidak berkata sesuatu kecuali kebaikan, maka dosanya akan diampuni meskipun banyaknya melebihi buih di lautan.” (Riwayat Abu Daud)
Antara lain solat Dhuha juga dapat menghindarkan diri daripada azab api neraka di hari Kiamat. Bagi orang yang menjadikan solat sunat Dhuha sebagai rutin hariannya, maka Allah akan membalasnya dengan balasan syurga.
Rasulullah SAW bersabda: “Di dalam syurga terdapat pintu yang bernama bab Ad Dhuha (Pintu Dhuha), dan pada Hari Kiamat nanti, ada orang yang memanggil di mana orang yang sentiasa menunaikan solat Dhuha? Ini pintu kamu, masuklah dengan kasih sayang Allah.”
Justeru amat rugi orang yang dengan sengaja meninggalkan solat sunat Dhuha, padahal mereka sebenarnya mampu dan ada masa untuk melaksanakannya kerana mereka yang menunaikan solat sunat Dhuha akan mendapat balasan dan keuntungan amat besar. Berusaha semoga kita tetap melakukan ibadat sunat ini.
Petikan: Berita Harian 2013/01/03 - 20:01:37 PM

Join us
HITMAN~We Hit The Target~

Feb 27, 2014

6 Sifat Orang Berjaya

Kita semua pasti mahukan kejayaan dalm hidup. Kadang-kadang kita sering terfikir dan tertanya-tanya bagaimana orang yang dekat dengan kita lebih berjaya sedangkan kita juga sama seperti mereka juga. 
Cuba kita selidik, adakah sikap dan sifat seperti di bawah ada pada kita. Ciri-ciri orang yang berjaya mesti mempunyai sifat-sifat seperti :

1. Orang yang berjaya tidak akan membiarkan perkara lepas menguasai perkara hari ini. 
Mereka tahu kegagalan adalah sebahagian halangan untuk berjaya. Rami orang menjadikan kegagalansebagai satu langkah kejayaan namun bagi orang yang bijak, mereka mahu terus melupakan perkara lepas kerana beranggapan perkara lalu biarlah berlalu. Mereka hanya melihat perkara hari ini sebagai satu peluang untuk berjaya.

2. Orang berjaya tidak lari darpada masalah. 
Semua orang mempunyai masalah, tidak kiralah sama ada mengenai perniagaan, pelajaran, pekerjaan, kewangan, kesihatan dan sebagainya. Orang bijak tidak akan sesekali melarikan diri daripada masalah sebaliknya berdepan untuk menyelesaikan masalah.

3. Orang berjaya tidak fokus terhadap perkara negatif
Mereka tahu bahawa pemikiran mengawal segala tindakan. Oleh itu, merekamemilih untuk hanya fokus perkara positif sahaja. Memikirkan perkara positif membantu memudahkan sesuatu tugasandan mencapai impian.


4. Orang berjaya tidak risau mengenai apa yang orang lain fikirkan pasal mereka. 
Mereka tidak sesekali membenarkan pendapat negatif mempengaruhi kehidupan mereka yang sedang bahagia, bagi mereka dunia ini terlalu singkat untuk mendengar perkara tidak baik dan melakukan perkara yang tidak baik.


5.Orang yang berjaya tidak suka membazirkan masa. 
Mereka sering menghasilkan perkara yang bermanfaat pada masa yang terluang. Mereka tidak suka membazirkan masa melaksanakan tugasan yang tidak mendatangkan kegunaan pada masa depan. Setiap masa adalah sangat berharga dan beranggapan masa tidak mungkin boleh kembali berputar.

6. Orang yang berjaya tidak akan meluangkan masa bersama orang yang memberi aura negatif kepadanya.
Disebabkan itu, kebanyakan mereka gemar dilihat lebih rapat dengan golongan bijak pandai. Mereka lebih suka menghabiskan masa  bersama keluarga, teman dan kenalan yang berkongsi perkara yang positif dan terbaik dalam hidup. Namun, mereka tak pernah memandang rendah kemampuan orang lain tetapi menghadkan masa ketika bersama dengan orang-orang yang negatif.

Sumber : Harian Metro

So, tepuk dada, tanya diri sendiri, adakah kita mempunyai sifat2 di atas. Jika ada kelemahan dan kekurangan kita, masih ada masa untuk bertindak dan mengubahnya. Kejayaan kita hari ini adalah dari usaha dan sifat kita yang positif.

Feb 18, 2014

Weekend Yang Terlebih Rajin


Assalamualaikum...
Wahhh cepat nya masa berlalu, dh bulan 2 di tahun 2014...Banyak mission yang dalam progress ni..hope dapat dapat capat lor hendaknya...


Cerita weekend yg lepas..sangatla terajin ye kawan2...tetiba tekak terasa2 nak makan nasi kerabu..nk beli takut xsedapla..x kena tekak la...ishhh ngalahkan org ngandung pulok kikiki..

Last2 tgk resepi cam senang jek, owhhh why not test power masak masakan pantai timur ni walaupunnn saya oghang utagha kikiki...
Dengan kalimah bismillah, maka berkungfu di dapur dengan harapan sedapla hendaknya :)...

Jeng..jeng...


Alhamdulillah..kena pada tekak, husband pun suka
 Tapi Mikail pelik tgk nasi tu color lain..
so dia reject nasi kerabu mak huwaaaaa
Anak teruna saya ni mmg..tgk pelik skit mng xnak cuba langsung adoiiii...
Tapikan  ikan tu habis dia kerjakan..di akan  tepung yang salut  tu huhuhu

So..kesimpulannya, 
Hajat terlaksana n doh bulih buka gerai jual nasi kerabu pas ni :p
N kena telan Set Slimming Shaklee sekali ..Kasi bakar itu kalori :P
coz maklumla dh homemade, 
maka beround-round la tambah kan...
Apadaaaa..buat susah2, then kuarkan balik kan
Simpan jer la yek kikiki