Jun 4, 2014

Ujian Pap Smear

Baru  dapat panggilan dari Klinik Jameaton sebentar tadi, Alhamdulillah result pap smear saya NORMAL. Tak senang hati dibuatnya 2, 3 hari ni selagi result pap smear tu tak dapat sebenarnya. Actually, tak sengaja pun buat ujian tu pada minggu lepas coz tujuan asal untuk check up kesihatan, then bila doctor Tanya bila last buat pap smear..hahaha jawapannya takpernah  langsung coz lepas bersalin my son, mmg ada buat appinmnt untuk ujian tersebut tapi ngelat tak gi huuhuhu...Cuma saya ada ambil suntikan HPV...owhh xde pulak hari tu update pasal suntikan HPV tu kan..xpe nnti saya cerita next entry.
So minggu lepas, dh alang2 ada buat sedikit check up kesihatan, n dh alang2 doctor pun nkbuat on d spot saya setujukan je la...husband pun ada masa tu n terus suruh je..dia tau tu wife dia sudah terperangkap kuikui... Rupa2 takdela sakit pun..tahla xrasa apapun sebenarnya kikiki. Kalaulah  ku tahu gitu je, takdela ngelat dari dulu nk buat.

Ok ni saya copy info dari http://portal.alamhamil.com/faqs-kehamilan/semasa-berpantang/71-ujian-pap-smear.html
Apa itu ujian Pap Smear?
Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa itu serviks?
Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Siapakah yang perlukan ujian Pap ?
Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:

1.       Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
2.       Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
3.       Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
4.       Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
5.       Perokok
6.       Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.
Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?
Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?
Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehknya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.
_____________________________#######_______________________________

Itulah serba sedikit info mengenai Ujian Pap Smear ye kawan-kawan. Nasihat saya kepada semua kaum wanita , buatla ujian Pap Smear ni untuk langkah awal mengesan kanser serviks...ecehhh pandaila ko nasihat org kan padahal sblm ni huhuhuhu..tapi serius mmg penting sgt coz seperti yang kita tahu kanser serviks merupakan kanser kedua yang terbanyak dihidapi oleh wanita.

Jadi selain daripada Ujian Pap Smear dan suntikan HPV, saya juga tidak terkecuali mengambil supplement tambahan untuk memastikan kesihatan dalaman dan luaran saya. Apa yang saya ambil dengan konsisten ialah Set Kesihatan Optimun Wanita Wanita yang terdiri daripada ESP,GLA Complex, Ostematrix dan Omega Guard. Pemilihan vitamin juga penting untuk wanita dan saya mmg sangat cerewet dalam  pemilihan Vitamin. Setelah meneliti bahan2 pada produk Shaklee, saya yakin produk Shaklee halal,selamat dan dari bahan semulajadi.

Ok..ni rupa Set Kesithatan Optimun Wanita Shaklee yang saya ambil dan saya akui sejak consume set ini, Alhamdulillah mmg saya rasa lebih bertenaga n if demam or selsema pun mmg cepat recover.



Yang berminat untuk dapat Set Kesihatan Optimum Shaklee ini atau apa2 produk kesihatan Shaklee, saya sedia membantu anda dan consult cara berkesan pemakanan produk Shaklee. Contact je saya di no hp yg tertera or add saya di facebook (Suhaila Zakaria)


Join Us
HITMAN ~We Hit The Target~

No comments: