Feb 27, 2014

6 Sifat Orang Berjaya

Kita semua pasti mahukan kejayaan dalm hidup. Kadang-kadang kita sering terfikir dan tertanya-tanya bagaimana orang yang dekat dengan kita lebih berjaya sedangkan kita juga sama seperti mereka juga. 
Cuba kita selidik, adakah sikap dan sifat seperti di bawah ada pada kita. Ciri-ciri orang yang berjaya mesti mempunyai sifat-sifat seperti :

1. Orang yang berjaya tidak akan membiarkan perkara lepas menguasai perkara hari ini. 
Mereka tahu kegagalan adalah sebahagian halangan untuk berjaya. Rami orang menjadikan kegagalansebagai satu langkah kejayaan namun bagi orang yang bijak, mereka mahu terus melupakan perkara lepas kerana beranggapan perkara lalu biarlah berlalu. Mereka hanya melihat perkara hari ini sebagai satu peluang untuk berjaya.

2. Orang berjaya tidak lari darpada masalah. 
Semua orang mempunyai masalah, tidak kiralah sama ada mengenai perniagaan, pelajaran, pekerjaan, kewangan, kesihatan dan sebagainya. Orang bijak tidak akan sesekali melarikan diri daripada masalah sebaliknya berdepan untuk menyelesaikan masalah.

3. Orang berjaya tidak fokus terhadap perkara negatif
Mereka tahu bahawa pemikiran mengawal segala tindakan. Oleh itu, merekamemilih untuk hanya fokus perkara positif sahaja. Memikirkan perkara positif membantu memudahkan sesuatu tugasandan mencapai impian.


4. Orang berjaya tidak risau mengenai apa yang orang lain fikirkan pasal mereka. 
Mereka tidak sesekali membenarkan pendapat negatif mempengaruhi kehidupan mereka yang sedang bahagia, bagi mereka dunia ini terlalu singkat untuk mendengar perkara tidak baik dan melakukan perkara yang tidak baik.


5.Orang yang berjaya tidak suka membazirkan masa. 
Mereka sering menghasilkan perkara yang bermanfaat pada masa yang terluang. Mereka tidak suka membazirkan masa melaksanakan tugasan yang tidak mendatangkan kegunaan pada masa depan. Setiap masa adalah sangat berharga dan beranggapan masa tidak mungkin boleh kembali berputar.

6. Orang yang berjaya tidak akan meluangkan masa bersama orang yang memberi aura negatif kepadanya.
Disebabkan itu, kebanyakan mereka gemar dilihat lebih rapat dengan golongan bijak pandai. Mereka lebih suka menghabiskan masa  bersama keluarga, teman dan kenalan yang berkongsi perkara yang positif dan terbaik dalam hidup. Namun, mereka tak pernah memandang rendah kemampuan orang lain tetapi menghadkan masa ketika bersama dengan orang-orang yang negatif.

Sumber : Harian Metro

So, tepuk dada, tanya diri sendiri, adakah kita mempunyai sifat2 di atas. Jika ada kelemahan dan kekurangan kita, masih ada masa untuk bertindak dan mengubahnya. Kejayaan kita hari ini adalah dari usaha dan sifat kita yang positif.

2 comments:

#ZamanKini said...

^_^ moga diri kita tergolong dalam golongan 6 ini...InsyaAllah...

sue_eila said...

Amin :)