Jun 19, 2014

Padi House @ Galleria Putrajaya


Assalamulaikum semua..
Lama tak cerita pasal makan2 ye
Ni cerita makan2 Isnin lepas. Dah en.suami dapat mc lps admit hari tu..so, petang2 x perlu kelam kabut ambil anak coz en.suami akan ambil anak kt rumah bs, then kitorang leh terus plan nk gi makan mana2. Kalau kebiasaannya, bab makan2 kemudian, anak yg kitorang ambil dulu..

Ok, back pd cerita asal, kitorang gi makan kt Padi House, Galleria Putrajaya, dah lama pun Padi House ni tp saya tak berkesempatan nk jjcm kt sana.
Apa yg kami makan hari tu


 Macadamia Cheese Cake...sedappp

 Lupa nama..Nasi n ayam grilled, my son sgt2 suka ayam itu



En. Suami order Beef Steak 

Kudap2..Cheese Nachos...My son boleh pulak kata tu roti canai kuikui

Overall, makanan kat sini mmg kena dgn tekak kami 3 beranak..semuanya sedap n pasti akan datang lagi :)



Jun 16, 2014

En Suami Kena Denggi

Assalamualikum semua...
Sambungan cerita kisah en suami...
Baru rasa lega dan sedikit lapang hari ini
Minggu lepas, saya agak kelam kabut disebabkan suami telah disahkan positif denggi, seperti yang telah saya cakap pada entry sebelum ni...
So terpaksala kena tahan wad.

Mula2 ingat just dema biasa coz check darah pada hari sebelum tu, tiada tanda dijangkiti denggi, tapi disebabkan demam still teruk, pada hari sabtu pergi ke Klinik Lita Alis Putrajaya n check darah bacaan platlet 140 yang mn mmg dijangkiti denggi tapi bacaan tidak teruk, so doctor minta dtg keesokanya untuk repeat check darah.

Pada keeseokannya, hari Ahad..en suami kata dia dh ok, xdemam n rasa confident maybe bacaan platlet dah ok..tapi sangkaan merosot bacaan platlet drop ke 40 teruss...n mmg kena warded

So maka, pada hari itu juga, en suami warded di Azzahra, Bangi
Hari 1st warded bacaan platlet -40
2nd day -drop lagi 35 
risau sgt2 masa huhuu
3rd day- drop lagi 27
tambah2 risau..hanya tuhan je yg tahu perasaan masa ni..
risau, takut tapi depan en.suami buat steady je taknak bagi en suami tambah stress hukhuk


En. Suami yang dh xlarat..nurse tgh ambil darah. Dah denggi comfirm setiap hari darah kena ambil,,
Sian dia huhuhuhu


My Hero Peneman mama...sila abaikan muka letih saya,,dh takde nk mekap2 bagai huhuhu
 Walaupun saya n anak duk sekali di bilik n bermalam,
Still terkejar2 balik rumah, coz nk masakkan suami sup ketam 
Minum Performance Drinks Shaklee, Nutriferon dll
dan buat segala petua2 untuk naikkan platlet
macam air betik,air pegaga dll.
Pendek kata, apa yg org suggest semua kami cuba 


Zooommmm skit, ala cian dia keletihan teman mama ye....



En. Suami dan hero kami...sama2 hirup sup ketam
Tu supporter en suami coz en suami sgt2 tak suka sup ketam 
Tapi, dh kata tu untuk boleh naikkan platlet, ku paksa jua huhuhu


Abah dia dah sihat sikit, so katil tu dia punya..
Habis di adjust katil tu huhuhuhu

Alhamdulillah, pada hari ke 5, barulah platlet naik ke normal..bacaan dh 200
Lega sgt2 masa tu...
Setelah 6 hari berkampung di  Az Zahra, berkat hari Jumaat, petang tu dah boleh discaj.
Syukur sangat2 en. suami kembali sihat
Now, masih bercuti untuk proses penyembuhan lagi.

Terima kasih juga pada family dan kawan2 yang datang melawat dan juga tak henti2 bagi semangat serta doakan kesmbuhan en. suami. We are very appreciate it :)

Jun 9, 2014

8 Jun 2014....


Assalamulaikum semua...
Pada tanggal 8 jun 2007, jam 8.10 mlm, terpatrilah ikatan sah antara saya dan suami.


Alhamdulillah, smlm 8 Jun 2014, 
7 tahun berjaya kami tempuh pelbagai dugaan berumah tangga, 
moga kami terus bahagia dan tabah menempuh ujian2 yg mendatang...
yep dugaan itu juga hadir semalam....
En.suami terpaksa ditahan di wad kerana demam denggi..
kesian en suamiku huhuhu...
Hopefully en suami cepat sihat n platlet darah kembali normal..Amin.

Patutla 2,3 minggu sebelum ni,
 saya ada plan nk buat surprise sempena Anniversary kami ni, 
tapi tahla semuanya saya rasa x sesuai n mcm ada yg xkena, 
so sampai ke akhirnya saya blur xtau nk surprise apa huhuhu..
sampai en.suami demam teruk last week, 
terus saya kata kat dlm hati, apa2 pun postponed dulu.

Now, hanya doa kesembuhan en. suami agar sihat seperti sediakala, 
then baru kita plan nk celebrate kt mana ye. 
Nway, korang yg singgah kt sini, doakan kesembuhan en.suami saya ye

Ucapan khas untuk en.suami :)

Jun 4, 2014

Ujian Pap Smear

Baru  dapat panggilan dari Klinik Jameaton sebentar tadi, Alhamdulillah result pap smear saya NORMAL. Tak senang hati dibuatnya 2, 3 hari ni selagi result pap smear tu tak dapat sebenarnya. Actually, tak sengaja pun buat ujian tu pada minggu lepas coz tujuan asal untuk check up kesihatan, then bila doctor Tanya bila last buat pap smear..hahaha jawapannya takpernah  langsung coz lepas bersalin my son, mmg ada buat appinmnt untuk ujian tersebut tapi ngelat tak gi huuhuhu...Cuma saya ada ambil suntikan HPV...owhh xde pulak hari tu update pasal suntikan HPV tu kan..xpe nnti saya cerita next entry.
So minggu lepas, dh alang2 ada buat sedikit check up kesihatan, n dh alang2 doctor pun nkbuat on d spot saya setujukan je la...husband pun ada masa tu n terus suruh je..dia tau tu wife dia sudah terperangkap kuikui... Rupa2 takdela sakit pun..tahla xrasa apapun sebenarnya kikiki. Kalaulah  ku tahu gitu je, takdela ngelat dari dulu nk buat.

Ok ni saya copy info dari http://portal.alamhamil.com/faqs-kehamilan/semasa-berpantang/71-ujian-pap-smear.html
Apa itu ujian Pap Smear?
Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa itu serviks?
Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Siapakah yang perlukan ujian Pap ?
Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:

1.       Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
2.       Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
3.       Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
4.       Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
5.       Perokok
6.       Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.
Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?
Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?
Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehknya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.
_____________________________#######_______________________________

Itulah serba sedikit info mengenai Ujian Pap Smear ye kawan-kawan. Nasihat saya kepada semua kaum wanita , buatla ujian Pap Smear ni untuk langkah awal mengesan kanser serviks...ecehhh pandaila ko nasihat org kan padahal sblm ni huhuhuhu..tapi serius mmg penting sgt coz seperti yang kita tahu kanser serviks merupakan kanser kedua yang terbanyak dihidapi oleh wanita.

Jadi selain daripada Ujian Pap Smear dan suntikan HPV, saya juga tidak terkecuali mengambil supplement tambahan untuk memastikan kesihatan dalaman dan luaran saya. Apa yang saya ambil dengan konsisten ialah Set Kesihatan Optimun Wanita Wanita yang terdiri daripada ESP,GLA Complex, Ostematrix dan Omega Guard. Pemilihan vitamin juga penting untuk wanita dan saya mmg sangat cerewet dalam  pemilihan Vitamin. Setelah meneliti bahan2 pada produk Shaklee, saya yakin produk Shaklee halal,selamat dan dari bahan semulajadi.

Ok..ni rupa Set Kesithatan Optimun Wanita Shaklee yang saya ambil dan saya akui sejak consume set ini, Alhamdulillah mmg saya rasa lebih bertenaga n if demam or selsema pun mmg cepat recover.



Yang berminat untuk dapat Set Kesihatan Optimum Shaklee ini atau apa2 produk kesihatan Shaklee, saya sedia membantu anda dan consult cara berkesan pemakanan produk Shaklee. Contact je saya di no hp yg tertera or add saya di facebook (Suhaila Zakaria)


Join Us
HITMAN ~We Hit The Target~