Aug 2, 2011

Bubur Gunting

Alhamdulillah berjaya berpuasa pada hari pertama walaupun dlm 15minit terakhir perut dh terasa pedih huhuhuhu...

Petang semalm selepas siap masak juadah utama, tiba2 tekak terasa nkmakan bubur gunting, disebabkan semua bahan ada n nkmembuatnya pun senang, so terus jer buat hehhehe...

Sue takpasti semua ornag tau ke tak bubur gunting ni..tapi bagi sue yang berketurunan banjar, mmg bubur ni popular. Rasanya seakan2 bubur cha-cha, cuma bubur cha-cha warna warni n ready made kan..bubur gunting ni ala2 versi kena wat sendiri segalanya :)

Nak cuba buat???bahan2 kt bawah yer, sue agak2 jer tu tau, pandai2la korang modified kalau ada yg kurang yer hehheheh...Almaklumla buat masa bulan puasa, takleh nkrasa tapi alhamdulillah semalam cukup rasa bubur gunting nih :)


Bahan-bahannya
1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam dilarutkan di dalam air

Bahan kuah:

1 helai daun pandan-dicarik dan simpul
1 sudu besar gula merah
1/2 cawan air
1 cawan santan sederhana pekat
gula putih jika perlu
sedikit garam

Cara membuatnya:

1. Campurkan tepung dengan air bercampur garam tadi di dalam mangkuk. Uli dengan tangan hingga menjadi doh.Adunan memang lebih liat dan kenyal berbanding adunan roti canai.

2. Bulat-bulatkan. Bentukkan bujur seperti sosej menggunakan dua tapak tangan dan leperkan

3. Panaskan kuali leper dengan api perlahan. Letakkan kepingan kuih di atas kuali dan masak selama 2-3 minit untuk setiap bahagian.

4. Angkat dan gunting kecil-kecil. Buat hingga habis adunan.

5. Masak gula merah bersama air hingga gula larut. Tapis dan masukkan semula ke dalam periu. Tmbah sedikit lagi air dan didihkan. Masukkan bubur gunting bersama daun pandan. Biarkan api sederhana. Didihkan selama lebih kurang 15 minit sambil dikacau sekali sekala agar bubur tidak melekat di dasar periuk.

6. Setelah bubur masak, masukkan santan dan sedikit garam. Tambahkan gula pasir jika belum cukup manis. Terus mengacau sekali-sekala hingga bubur mendidih sekali lagi. Padamkan api dan biarkan seketika agar kuah bubur gunting meresap. Sedia untuk dihidangkan :)

No comments: