Aug 1, 2011

Salam Ramadan

Sue nak ucapkan selamat menjalankan ibadah puasa dan semoga Ramadan kali ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua. Ampun dan maaf juga dipinta kepada semua jika ada coretan sue yang mengguris hati.

Untuk diri sue, Ramadan kali ini memang berbeza sekali dan sangat2 bermakna dan mungkin juga Ramdan kali ini akan menguji kekuatan sue, ye la kan, berpuasa di saat2 hamil mungkin agak menduga terutama sue telah 31 weeks n hujung minggu ni genap 8bulan yang mana kadangkala keadaan diri akan menjadi lebih letih n semestinya perlu cukup air di dalam badan untuk memastikan diri dapat bertahan...Alhamdulillah setakat entry ini dicoret iaitu 9.22 am, sue masih lagi rasa bertenaga dan harapan agar kekal sebegini sehingga berkumandangnya azan Maghrib petang ini :)..Insyaallah.

Korang bersahur apa pagi tadi? naktau tak sue sahur apa, sue bersahur dengan cornflakes+coco crunch+susu...kemudian nasi+ayam goreng+telur rebus+sayur pak choy sos tiram...huhuhuhu banyak kan...terkejut baby dalam perut agaknya kan hiks.

Harapan dan semangat yang tinggi agar dapat berpuasa penuh. Walaubagaimanapun sue tetap ingat pesan suami agar berbuka sekiranya rasa diri takmampu...Ye la kan, risau juga baby dalam kandungan kalau diteruskan. Tapi sehingga kini hati sue kuat mengatakan baby juga kuat seperti mama, kan baby kan...hehhehehe....

Okla..sekali lagi selamat berpuasa yer kawan2....
doakan sue juga dapat berpuasa seperti biasa :)


No comments: