Jun 16, 2014

En Suami Kena Denggi

Assalamualikum semua...
Sambungan cerita kisah en suami...
Baru rasa lega dan sedikit lapang hari ini
Minggu lepas, saya agak kelam kabut disebabkan suami telah disahkan positif denggi, seperti yang telah saya cakap pada entry sebelum ni...
So terpaksala kena tahan wad.

Mula2 ingat just dema biasa coz check darah pada hari sebelum tu, tiada tanda dijangkiti denggi, tapi disebabkan demam still teruk, pada hari sabtu pergi ke Klinik Lita Alis Putrajaya n check darah bacaan platlet 140 yang mn mmg dijangkiti denggi tapi bacaan tidak teruk, so doctor minta dtg keesokanya untuk repeat check darah.

Pada keeseokannya, hari Ahad..en suami kata dia dh ok, xdemam n rasa confident maybe bacaan platlet dah ok..tapi sangkaan merosot bacaan platlet drop ke 40 teruss...n mmg kena warded

So maka, pada hari itu juga, en suami warded di Azzahra, Bangi
Hari 1st warded bacaan platlet -40
2nd day -drop lagi 35 
risau sgt2 masa huhuu
3rd day- drop lagi 27
tambah2 risau..hanya tuhan je yg tahu perasaan masa ni..
risau, takut tapi depan en.suami buat steady je taknak bagi en suami tambah stress hukhuk


En. Suami yang dh xlarat..nurse tgh ambil darah. Dah denggi comfirm setiap hari darah kena ambil,,
Sian dia huhuhuhu


My Hero Peneman mama...sila abaikan muka letih saya,,dh takde nk mekap2 bagai huhuhu
 Walaupun saya n anak duk sekali di bilik n bermalam,
Still terkejar2 balik rumah, coz nk masakkan suami sup ketam 
Minum Performance Drinks Shaklee, Nutriferon dll
dan buat segala petua2 untuk naikkan platlet
macam air betik,air pegaga dll.
Pendek kata, apa yg org suggest semua kami cuba 


Zooommmm skit, ala cian dia keletihan teman mama ye....



En. Suami dan hero kami...sama2 hirup sup ketam
Tu supporter en suami coz en suami sgt2 tak suka sup ketam 
Tapi, dh kata tu untuk boleh naikkan platlet, ku paksa jua huhuhu


Abah dia dah sihat sikit, so katil tu dia punya..
Habis di adjust katil tu huhuhuhu

Alhamdulillah, pada hari ke 5, barulah platlet naik ke normal..bacaan dh 200
Lega sgt2 masa tu...
Setelah 6 hari berkampung di  Az Zahra, berkat hari Jumaat, petang tu dah boleh discaj.
Syukur sangat2 en. suami kembali sihat
Now, masih bercuti untuk proses penyembuhan lagi.

Terima kasih juga pada family dan kawan2 yang datang melawat dan juga tak henti2 bagi semangat serta doakan kesmbuhan en. suami. We are very appreciate it :)

1 comment:

Siti said...

Puan, berapa charge warded denggi di Azzahza masa ni? Utk 6 hari