Jul 9, 2010

Appointment Dgn Doctor Marsita Lagi...

8 July 2010, Sue ada appointment dgn Doctor Marsita lagi.. Mcm biasa, Dr. scan lagi tengok keadaan rahim, alhamdulillah semua ok ...Pastu doctor nktengok samada telur ada ke tak...alahamdulillah kt ovari kanan ada sebiji telur yg dlm keadaan cantik hehheheh, mula-mula rasa pelik gak coz ingatkan kalau scan leh nampak keadaan rahim or kalau pregnant leh nampak baby jer...xtau lak leh nampak gak samada telur kita camne hehhehh..yg sebelah ovari kiri ada gak telur tapi Dr. kata mayb telur tu telur yg bulan lepas...
So..pas scan, Dr pun discuss dgn sue&hubby, byk yg personal dibincangkan termasuk pemakanan yang sihat...Menurut Dr, percent kehamilan untuk setiap bulan adalah antara 20%-25 % . .coz ramai yg mempersoalkan kepada Dr., kenapa mereka xdpt hamil walalupun mempunyai telur yg cantik, so jawapan drpd soalan tu adalah telur yg kita ada akan bergerak-gerak kan..so jika telur tu menetas (ishhh betul kot ayat mentas ni hehheh..faham2 je la ek) betul2 pada saluran tiub falllapio..alhamdulillah tu la yg sepatutnya n insyaallah jika ada sperma , akan bertemu di tiub fallapio n seterusnya akan dibawa ke rahim kita...jika telur tu menetas bukan betul2 di saluran fallapio, kemungkinan besar kehamilan susah untuk berlaku....so mcm tu la lebih kurang yg sue faham hehheh, fuhhh susah gak kan, n kiranya kita ni adalah champion n bertuah kan.
Walau apapun, sue n hubby akan tetap terus berusaha :-), semua yg dibincangkan dengan doctor adalah panduan untuk kami n semoga dengan panduan yg ada akan membuaahkan hasil :-) AMIN...sekiranya bulan ni bukan lagi rezeki kami, insyaallah bulan akan datang mungkin ada rezeki kami kan. Kawan2 doakan untuk kami juga yer...TQ :-)

3 comments:

Tihara said...

betul ke org kata makan kerang selalu mudah hamil..sbb kawan akk pernah jumpa dr..dr kata cenggitu..akk payah nak dpt kerang..kalo nak makan kena balik umah mak..

sue_eila said...

ye ke kak..sue pun xtau pun pasal ni...nnti sue cuba google kot2 ada fakta berguna...kalau betullla kena makan makan kerang byk2 la ni hehheh...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.