Jun 22, 2011

Alhamdulillah :)

Semalam hari mama n abah mengintai baby tomel ni for detail scan kat Az-Zahrah. Kami dapat giliran yang keempat, dalam pukul 3.00 pm nama mama dipanggil. Terus nurse suruh baring kt katil n dh set semua, proses intaian berjalan hehhehhehe

Yeayyyy mama n abah nampak baby yang comel hehhehhe...Doctor pun scan n semua anggota dengan detail, buat ukuran n macam-macam lagi.Sambil2 tu doctor terangkan kat kami berdua keadaan baby. Alhamdulillah semua ok n baik...syukur sangat2. N paling lucu bila tengok mulut baby yg comel macam sedang mengunyah...hahahhaha

N satu lagi buat kitorang semua ketawa, time doctor nakambik gambar muka baby, leh pulak tangan tu duk letak kt dahi macam orang sedang berfikir..ish..ish...baby mama n abah ni kecik2 dhbyk fikir yer hiks 3x....

Oppsss nktau boy or girl....
Hehhehehehe....sicomel yang aktif n bijak ini
adalah
BOY....insyaallah
coz doctor siap tunjuk pistol dia kt kitorang
hahhahahhah

Insyaallah 7/7 ni ada appoinmnt degan Dr. Faz...Mayb Dr. Faz akan terangkan lebih terperinci pasal detai scan ni....harap2 semuanya ok n positif.


Jun 13, 2011

Cerita Kandos Dan Buku Usang







Korang suka tak makan coklat ni? Kalau korang nak tau, masa kecik2 dulu aku suka sgt2 coklat ni n sampai satu hari tu berkali-kali g kedai semata- mata nkbeli coklat ni.

Bukan setakat coklat dia jer aku suka, pembalut dia pun aku suka, tiap kali beli mesti pilih yang warna or gambar lain2. N buktinya masih lagi tersimpan sehingga sekarang...






Dan lagi.....






Hahahaha... Kenangan tu kan.... Tengok keadaan buku tu pun mmg terbukti lama kan... 22 tahun yang lepas punya hobi tuuuu... Masih tersimpan.

N yg membuatkan ia masih tersimpan dalam buku usang ini adalah kerana buku ni adalah buku resepi mak aku, masa Mak masuk kelas masak kat KEMAS dolu.... So kesimpulannya buku ni amat bermakna bagiku :)

- Posted from my iPhone :)

Chocolate Slice Cheese Cake

Mood baking sudah kembali...almaklumla segala alahan dh takde, so tekak mula mengada2 nak makan macam2 kan. Weekend tadi, pada hari sabtu...dikala en suami masih lagi menqada' tido...tetiba aku terasa nakmakn cheese cake...tapi cream cheese takder dalam stock. Ohhh tetiba teringat keju cheesedale yang agak banyak dalam peti ais itu...Google resepi yang menggunakan slice cheese ni, dlm simpanan mmg ada tapi aku nak cari yang perisa coklat punya coz dlm peti ada susu segar choclate sahaja. Akhirnya dapatla resepi ini ari blog HaSue

Chocolate Slice Cheese Cake

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )
• 6 keping slice cheese
• 400 ml susu segar perisa coklat
• 100 gram butter atau marjerin
• 100 gram tepung gandum
• 95 gram gula
• 4 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila
-1/2 cawan serbuk koko
-coklat emulco(optional)

Cara-cara
1. Masukkan susu segar perisa coklat dalam periuk. Koyak-koyakkan slice cheese tadi kecil-kecil dan panaskan dengan api yang kecil sehingga kepingan keju cair. Masukkan serbuk koko dan kacau sentiasa menggunakan hand whisk
2. Masukkan butter dan kacau hingga larut,tutup api dan sejukkan sebentar.
3. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
4. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
5. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
6. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
7. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.

So ni lah hasilnya....
Sorry gambar gelap...percahayaan takcukup hehhehhe
Motif amvik gambar separuh????
coz sebelum letak topping, hampir separuh cake telah masuk dalam perut hubby hik..hik...
Pada petang semalam....
Hanya ni jer yang tinggal hehehheheh........

Jun 12, 2011

Our 4th Anniversary

Pejam celik.. pejam celik..dah 4 tahun usia perkahwinan kami pada 8 Jun tadi.

Alhamdulillah segala cabaran Dan dugaan telah sama2 ditempuhi dengan sabar. Semua yang dilalui mematangkan Kami Dan menambahkan kebahagiaan Kami berdua.

Lebih manis lagi... Tahun ini merupakan bonus berganda dengan bakal kehadiran buah hati yang telah lama Kami nantikan... Alhamdulillah syukur dengan anugerah darimu ini Ya Allah.

Tahun ni kitorang sambut anniversary ni kat Tony Roma's @ The Gardens. Thanks sayang :)

We... Hepi Anniversary sayang :)


Our food....







- Posted from my iPhone :)