Jun 13, 2011

Chocolate Slice Cheese Cake

Mood baking sudah kembali...almaklumla segala alahan dh takde, so tekak mula mengada2 nak makan macam2 kan. Weekend tadi, pada hari sabtu...dikala en suami masih lagi menqada' tido...tetiba aku terasa nakmakn cheese cake...tapi cream cheese takder dalam stock. Ohhh tetiba teringat keju cheesedale yang agak banyak dalam peti ais itu...Google resepi yang menggunakan slice cheese ni, dlm simpanan mmg ada tapi aku nak cari yang perisa coklat punya coz dlm peti ada susu segar choclate sahaja. Akhirnya dapatla resepi ini ari blog HaSue

Chocolate Slice Cheese Cake

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )
• 6 keping slice cheese
• 400 ml susu segar perisa coklat
• 100 gram butter atau marjerin
• 100 gram tepung gandum
• 95 gram gula
• 4 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila
-1/2 cawan serbuk koko
-coklat emulco(optional)

Cara-cara
1. Masukkan susu segar perisa coklat dalam periuk. Koyak-koyakkan slice cheese tadi kecil-kecil dan panaskan dengan api yang kecil sehingga kepingan keju cair. Masukkan serbuk koko dan kacau sentiasa menggunakan hand whisk
2. Masukkan butter dan kacau hingga larut,tutup api dan sejukkan sebentar.
3. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
4. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
5. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
6. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
7. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.

So ni lah hasilnya....
Sorry gambar gelap...percahayaan takcukup hehhehhe
Motif amvik gambar separuh????
coz sebelum letak topping, hampir separuh cake telah masuk dalam perut hubby hik..hik...
Pada petang semalam....
Hanya ni jer yang tinggal hehehheheh........

No comments: